Soalan
Lengkapkan cerita dengan berdasarkan perenggan
penutup yang berikut.
Aku
bangkit dan memasang lampu bilik. Di atas katilu terdapat sekeping wang syiling
emas. Aku teringat akan mimpiku berjumpa dengan orang tua itu. Sukar hendak dipercayai
mimpiku ini. Tetapi, kenyataan di hadapan mataku, iaitu wang syiling emas ada
dalam genggemanku.
Jawapan
Aku
pulang dari sekolah selepas latihan bola sepak. Untuk sampai ke rumahku, aku
terpaksa melalui kebun geth. Ketika melalui kebun getah itu, aku terjumpa
dengan seorang tua. Dia berpakaian putih dan berjanggut panjang.
“Saya lapar. Bolehkah anak berikan saya makanan?”katanya. Aku teringat
di dalam begku ada sebungkus biskut dan sebotol air. Aku menghulurkan biskut
dan botol air kepadanya. Orang tua itu makan perlahan-lahan.
“Anak berhati mulia,” katanya. Kemudian dia memegang tanganku dan
mengajakku pergi ke rumahnya. “Di mana rumah pak cik ?” tanyaku. “Nun, di
sana,” katanya. Tanganku menunjuk ke arah bukit. Aku bertanya dengan lebih
lanjut tetapi mulutku bagaikan terkunci. Aku mengikut sahaja ajakan orang tua
itu.
Dari kebun getah itu kami masuk ke kawasan hutan. Dua jam kemudian, kami
iba di puncak bukit itu. Dari situ orang tua itu membawa aku ke sebuah gua.
Orang tua itu menyuruh aku duduk. Dia kemudian mengeluarkan sebuah peti kayu
yang kecil. Dia membuka peti itu dan mengeluarkan sekeping syiling emas dan
memberikan kepadaku.
Belum sempat aku mengucapkan terima kasih kepada orang tua itu, orang
tua itu sudah lesap di depan mataku. Perasaan takut mula meresap ke hatiku. Aku
segera keluar dari gua itu. Keadaan di luar samar dan suram. Cepat-cepat aku
melangkah. Nasibku malang kerana aku tersandung tunggul lalu terjatuh ke dalam
lubang. Aku menjerit kuat-kuat.
Aku tersedar daripada tidur. Aku mendapati diriku berada di lantai.
Rupa-rupanya aku bermimpi dan terjatuh daripa katil. Aku meraba-raba dahiku
yang mula membengkak kerana terhantuk pada lantai.
Aku bangkit dan memasang lampu bilik. Di
atas katilu terdapat sekeping wang syiling emas. Aku teringat akan mimpiku
berjumpa dengan orang tua itu. Sukar hendak dipercayai mimpiku ini. Tetapi,
kenyataan di hadapan mataku, iaitu wang syiling emas ada dalam genggemanku.
Terbaik
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih.....izinkan saya ambik skit idea ni untuk siapkan keje skolah boleh :)
ReplyDeleteBoleh tanya kee?. Macm mana ya nak buat karngn cereka ni?."saya tengh bingung"
ReplyDelete