Friday 27 January 2012

Karangan Jenis Cereka


Soalan
Lengkapkan cerita dengan berdasarkan perenggan penutup yang berikut.
         Aku bangkit dan memasang lampu bilik. Di atas katilu terdapat sekeping wang syiling emas. Aku teringat akan mimpiku berjumpa dengan orang tua itu. Sukar hendak dipercayai mimpiku ini. Tetapi, kenyataan di hadapan mataku, iaitu wang syiling emas ada dalam genggemanku.




Jawapan

           Aku pulang dari sekolah selepas latihan bola sepak. Untuk sampai ke rumahku, aku terpaksa melalui kebun geth. Ketika melalui kebun getah itu, aku terjumpa dengan seorang tua. Dia berpakaian putih dan berjanggut panjang. 

          “Saya lapar. Bolehkah anak berikan saya makanan?”katanya. Aku teringat di dalam begku ada sebungkus biskut dan sebotol air. Aku menghulurkan biskut dan botol air kepadanya. Orang tua itu makan perlahan-lahan.

             “Anak berhati mulia,” katanya. Kemudian dia memegang tanganku dan mengajakku pergi ke rumahnya. “Di mana rumah pak cik ?” tanyaku. “Nun, di sana,” katanya. Tanganku menunjuk ke arah bukit. Aku bertanya dengan lebih lanjut tetapi mulutku bagaikan terkunci. Aku mengikut sahaja ajakan orang tua itu.

              Dari kebun getah itu kami masuk ke kawasan hutan. Dua jam kemudian, kami iba di puncak bukit itu. Dari situ orang tua itu membawa aku ke sebuah gua. Orang tua itu menyuruh aku duduk. Dia kemudian mengeluarkan sebuah peti kayu yang kecil. Dia membuka peti itu dan mengeluarkan sekeping syiling emas dan memberikan kepadaku.

              Belum sempat aku mengucapkan terima kasih kepada orang tua itu, orang tua itu sudah lesap di depan mataku. Perasaan takut mula meresap ke hatiku. Aku segera keluar dari gua itu. Keadaan di luar samar dan suram. Cepat-cepat aku melangkah. Nasibku malang kerana aku tersandung tunggul lalu terjatuh ke dalam lubang. Aku menjerit kuat-kuat.

             Aku tersedar daripada tidur. Aku mendapati diriku berada di lantai. Rupa-rupanya aku bermimpi dan terjatuh daripa katil. Aku meraba-raba dahiku yang mula membengkak kerana terhantuk pada lantai.

              Aku bangkit dan memasang lampu bilik. Di atas katilu terdapat sekeping wang syiling emas. Aku teringat akan mimpiku berjumpa dengan orang tua itu. Sukar hendak dipercayai mimpiku ini. Tetapi, kenyataan di hadapan mataku, iaitu wang syiling emas ada dalam genggemanku.






5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. terima kasih.....izinkan saya ambik skit idea ni untuk siapkan keje skolah boleh :)

    ReplyDelete
  3. Boleh tanya kee?. Macm mana ya nak buat karngn cereka ni?."saya tengh bingung"

    ReplyDelete