Friday 27 January 2012

Karangan Jenis Fakta


Soalan
Sektor pelancongan kini dianggap sebagai sector yang dapat menyumbang kepada pendapatan negara. Huraikan pentingnya sektor pelancongan di Malaysia.



Jawapan

      Sektor pelancongan di Malaysia merupakan sektor yang semakin penting kepada ekonomi negara. Hal ini demikian kerana negara kita banyak mempunyai tempat yang menarik, di samping kebudayaan yang unik. Kerajaan, melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan, sentiasa berusaha unutk memajukan sector pelancongan di Malaysia.

          Sektor pelancongan dapat membantu Malaysia meningkatkan ekonominya. Pelancongan dianggap sebagai eksport tidak nyata bagi negara kita. Oleh hal yang demikian, sektor ini boleh menyumbang kepada tukaran wang asing. Malah memajukan sektor pelancongan bermakna kita mempelbagaikan ekonomi negara.

           Selain tempat yang menarik, negara kita agak unik dari segi masyarakatnya. Penduduk negara ini terdiri daripada berbilang kaum yang hidup berstu padu. Kepelbagaian kebudayaan kaum-kaum di Malaysia turut manerik pelancong berkunjung ke negara kita. Malah, sikap ramah tamah, sopan santun, dan suka membantu rakyat negara kita turut memikat pelancong.

            Selain itu, negara kita juga mempunyai kemudahan yang pelbagai unutk para pelancong seperti penginapan yang murah, di samping sistem pengangkutan yang baik. Semua kemudahan ini menjadi faktor yang membantu negara kita memajukan sektor pelancongan.

            Kesimpulannya, faktor pelancongan di Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan. Faktor ini akan meningkatkan pendapatan negara dan memperkenalkan negara kita kepada dunia.

No comments:

Post a Comment