Friday 27 January 2012

Karangan Jenis Ucapan


Soalan
Andaikan anda ketua kampung. Dalam majlis yang dihadiri wakil rakyat kawasan anda. Anda dikehendaki menyampaikan ucapan pada hari perasmian balai raya di kampung anda. Tuliskan ucapan tersebut selengkapnya.


Jawapan

      Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berhormat Encik Selamat bin Baha, wakil rakyat Semarak, tetamu jemputan, penduduk Kampung Semarak, para belia dan beliawanis, dan semua yang hadir dalam majlis ini.

        Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat dating kepada Yang Berhormat ke Kampung Semarak. Saya juga merakamkan ucapan berterima kasih kepada beliau kerana sudi merasmikan balai raya kampong kita. Seterusnya saya merakamkan ucapan erima kasih kepada semua yang sudi melapangkan masa untuk menghadiri majlis kita ini.

Hadirin yang dihormati,

         Balai raya akan dirasmikan pembukaannya sebentar lagi merupakan suatu rahmat kepada kampong ini. Selama ini, kita menjadikan surau sebagai tempat bermesyuarat. Dengan adanya balai raya ini, dapatlah para belia dan beliawanis kita melancarkan kegiatan yang telah dirancang selama ini. Di sini mereka boleh bermesyuarat dan menjalankan aktiviti yang berfaedah demi kemajuan kampung  kita ini.

 Hadirin yang dihormati,

           Balai raya baru ini akan menjadi tempat memupuk kerjasama dan perpaduan di kalangan penduduk kampung. Dengan kata lain, balai raya ini akn menjadi medium untuk menggerakkan perpaduan dan kemajuan.

           Untuk mencapai tujuan yang murni, saya selaku ketua kampung mencadangkan agar persatuan belia dan beliawanis kampung ini menyusun kegiatan jangka panjang supaya balai raya digunakan secara aktif sepanjang tahun.

            Sekian,terima kasih.







No comments:

Post a Comment