Friday 27 January 2012

Karangan Jenis Perbincangan


Soalan
Kemajuan komputer membawa kepada pewujudan kemudahan internet. Bincangkan faedah-faedah internet.


Jawapan

   Kemajuan dalam bidang komputer telah membawa kepada pewujudan internet. Internet membolehkan berjuta-juta pengguna komputer di seluruh dunia dapat berhubung antara satu dengan yang lain dalam satu masa.

    Hal yang demikian membolehkan pengguna komputer menghantar dan menerima e-mel atau surat elektronik. Bersama-sama dengan e-mel, pengguna juga boleh menghantar fail atau data. Misalnya, seseorang penulis tidak perlu mengeposkan hasil karyanya sebaliknya boleh menghantarnya kepada seseorang hanya melalui e-mel. 

     Selain itu, pengguna yang mempunyai kemudahan internet boleh bercakap secara terus dengan pengguna di seluruh pelosok dunia. Seorang bapa boleh bercakap dangan anaknya yang sedang menuntut di negara Jepun melalui program mel suara ini. Dengan hal yang demikian, bil telefon tidak melambung dengan berhubung secara biasa melalui telefon
.
      Yang lebih canggih lagi ialah persidangan video. Melalui persidangan video, pengguna boleh saling menonton gambar yang diperoleh melalui kamera. Melalui persidangan video, sekumpulan pelajar boleh mengadakan forum, perbincangan, atau seminar walaupun berjauhan. Persidangan video juga bermanfaat bagi profesion kedoktoran atau kejuteraan.

      Kemudahan internet juga membolehkan data penting disimpan dalam pelayan atau pangkalan data yang lebih besar. Pengguna juga dapat memindah terima perisian komputer, lagu, gambar, dan juga video daripada pengguna lain.

       Dalam bidang kewangan, pengguna dapat membeli barangan, menghantar borang pemohonan kerja, kemudahan perbankan seperti menyemak baki wang di bank, dan pelbagai kemudahan bank yang lain.
       Internet telah mewujudkan dunia tanpa sempadan dan kebebasan makluma. Memandangkan faedah internet sangat banyak, negara kita berusaha kea rah pencapaian internet bagi semua rakyat.
    



No comments:

Post a Comment