Friday 27 January 2012

Karangan Jenis Syarahan


Soalan
Dalam suatu pertandingan syarahan, anda akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Persekitaran sekolah yang baik meningkatkan prestasi pelajar’. Tuliskan syarahan tersebut selengkapnya.

Jawapan

         Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya homati, dan hadirin serta para pelajar.

          Berdirinya saya di atas pentas ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Persekitaran sekolah yang baik meningkatkan prestasi pelajar’. Sebelum saya memanjangkan kata-kata saya, saya akan menjelaskan maksud persekitaran sekolah yang baik. Maksud persekitaran sekolah yang baik ialah hubungan sesama pelajar dan antara pelajar dengan guru, dan persekitaran yang ceria serta bersih. Terangkum dalam persekitaran sekolah yang baik ialah keadaan di luar sekolah.

 Hadirin yang dihormati,

            Proses pemelajaran melibatkan penaaklukan minda serta menuntut badan yang sihat. Dengan hal yang demikian, sebarang bentuk gangguan kepada minda dan kecergasan badan hendaklah dijauhi. Dalam hal inilah hubungan sesame pelajar dan antara pelajar dengan guru perlu baik dam mesra. Suasana sebegini memungkinkan pelajar menerima dan mengaplikasikan ilmu dengan berkesan dan semaksimum mungkin.

             Hubungan antara pelajar dan guru yang berlangsung dalam suasana yang tegang dan marah-marah akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan demikian, hasrat hendak meningkatkanprestasi pelajar akan terbantut.

              Keadaan yang sebaliknya dikesan dalam persekitaran suasana yang baik. Telah terbukti bahawa sekolah yang ceria, bersih, teratur, dan cantik akan menyebabkan pemelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Keadaan lebih berkesan jika ditambah dengan adanya mural, kata-kata hikmat, dan kata-kata pujangga yang tertera pada dinding sekolah yang tersebut.

Hadirin yang dihormati,

               Proses pengajaran dan pemelajaran juga dipengaruhi oleh persekitaran di luar sekolah. Kilang-kilang yang mengeluarkan debu, bunyi bising, dan udara yang berbau busuk juga menjejaskan proses tersebut. Dengan ini, pihak sekolah akan gagal meningkatkan prestasi para pelajarnya. 

                Sebagai penutup, suka saya menegaskan di sini bahawa persekitaran yang saya sebutkan tadi akan menentukan, malah menjamin, prestasi pelajar. Dengan kata lain, pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah adalah lahir daripada persekitaran yang baik.

               Sekian, terima kasih.

4 comments: