Soalan
Andaikan anda ketua kampung. Dalam majlis yang
dihadiri wakil rakyat kawasan anda. Anda dikehendaki menyampaikan ucapan pada
hari perasmian balai raya di kampung anda. Tuliskan ucapan tersebut
selengkapnya.
Jawapan
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang
Berhormat Encik Selamat bin Baha, wakil rakyat Semarak, tetamu jemputan,
penduduk Kampung Semarak, para belia dan beliawanis, dan semua yang hadir dalam
majlis ini.
Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat dating kepada Yang Berhormat ke
Kampung Semarak. Saya juga merakamkan ucapan berterima kasih kepada beliau
kerana sudi merasmikan balai raya kampong kita. Seterusnya saya merakamkan
ucapan erima kasih kepada semua yang sudi melapangkan masa untuk menghadiri
majlis kita ini.
Hadirin yang dihormati,
Balai
raya akan dirasmikan pembukaannya sebentar lagi merupakan suatu rahmat kepada
kampong ini. Selama ini, kita menjadikan surau sebagai tempat bermesyuarat.
Dengan adanya balai raya ini, dapatlah para belia dan beliawanis kita
melancarkan kegiatan yang telah dirancang selama ini. Di sini mereka boleh
bermesyuarat dan menjalankan aktiviti yang berfaedah demi kemajuan kampung kita ini.
Hadirin yang
dihormati,
Balai raya baru ini akan menjadi tempat memupuk kerjasama dan perpaduan
di kalangan penduduk kampung. Dengan kata lain, balai raya ini akn menjadi
medium untuk menggerakkan perpaduan dan kemajuan.
Untuk mencapai tujuan yang murni, saya selaku ketua kampung mencadangkan
agar persatuan belia dan beliawanis kampung ini menyusun kegiatan jangka
panjang supaya balai raya digunakan secara aktif sepanjang tahun.
Sekian,terima kasih.
No comments:
Post a Comment