Friday 27 January 2012

Karangan Jenis Peribahasa



Soalan
“Bersatu Teguh Bercerai Roboh” seterusnya menjadi amalan berguna untuk menentukan kejayaan sesebuah negara.
Huraikan pandangan anda terhadap pernyataan di atas


Jawapan
        “Bersatu Teguh Bercerai Roboh” merupakan satu cogan kata yang dalam maknanya untuk diamalkan oleh manusia sejagat demi mencapai kesejahteraan hidup. Cogan kata ini menggesa seluruh masyarakat bersatu dan berganding bahu dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau menyelesaikan sesuatu masalah supaya mereka dapat hidup dalam suasana yang sejahtera, utuh, dan harmoni.

         Sebaliknya, jika kita bercerai-cerai, berpecah-belah, dan mementingkan diri sendiri, kita akan mengalami huru-hara dan kehancuran.

        Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, kita haruslah menghayati peribahasa ini dengan hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama, dan adat resam. Untuk mencapai kemajuan nagara, masyarakat harus hidup dalam suasana aman dan damai.

         Semangat bersatu padu boleh disemai dan dipupuk di kalangan jiran tetangga melalui semangat kejiranan, khususnya di kawasan bandar yang semangat kejiranannya dikatakan semakin luntur. Kita yang tinggal di kawasan bandar sering berjauhan dengan keluarga dan kaum kerabat. Jadi, jiranlah yang menjadi saudara mara kita yang terdekat. Melalui hubungan sedemikian, masalah-masalah sosial seperti kecurian dan rompakan dapat dikurangkan. “Jiran sepakat membawa berkat” juga dapat diperhatikan melalui suasana kemesraan, tolong-menolong, dan saling menjaga kebajikan sesama mereka.

       Semangat gotong-royong, iaitu dengan melakukan kerja secara beramai-ramai juga akan mempererat hubungan sosial antara anggota masyarakat dan seterusnya dapat melahirkan perasaan kekitaan dan kesedaran kebangsaan. Selain itu, dengan adanya aktiviti bergotong-royong, masa, tenaga, dan perbelanjaan individu, masyarakat, dan negara dapat dijimatkan. Ini juga bermakna, sesuatu kerja berat akan menjadi ringan apabila dilakukan bersama, bak kata pepatah “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

         Dalam bidang pentadbiran, sama ada di sektor swasta atau di sektor kerajaan, semangat bersatu di kalangan pekerjanya juga harus dipupuk. Sekiranya semangat ini diabaikan, maka sesebuah organisasi itu tidak akan maju. Hal ini terjadi kerana tidak ada kerjasama antara semua pihak untuk memajukan organisasi tersebut. Jika hanya pihak tertentu sahaja yang bekerja bertungkus lumus, sedangkan pihak yang lain tidak memberi komitmen, maka kejayaan cemerlang tidak akan tercapai. Oleh yang demikian, semangat seperti “aur dengan tebing” perlu dijadikan panduan demi meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

        Di peringkat nasional, memang tidak dinafikan lagi tentang kepentingan semangat bersatu itu. Misi dan visi yang dirancangkan oleh kerajaan untuk memajukan negara bukan setakat memerlukan kerjasama semua rakyat, malahan kerajaan dan rakyat harus bersatu dan berganding bahu untuk menjayakannya. Usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat tidak akan menjadi realiti, sekiranya tidak ada tindak balas positif daripada rakyat keseluruhannya. Jika segelintir sahaja yang menyahutnya, maka kempen-kempen dan program-program kerajaan seperti inflasi sifar, cintai alam sekitar, budaya membaca, dan lain-lain akan.

         Tambahan pula, negara sekarang sedang mengalami masalah ekonomi. Oleh sebab itu rakyat harus bersama-sama membantu memulihkan keadaan supaya tidak bertambah teruk. Rakyat dan kerajaan tidak boleh mementingkan diri sendiri kerana masalah yang melanda negara dirasai bersama-sama.

         Oleh yang demikian, dapatlah kita katakan bahawa pepatah “Bersatu teguh bercerai roboh” amat penting untuk dijadikan teras dalam mencapai kejayaan. Jika masyarakat berpecah-belah dan bercerai-berai, sudah pasti berbagai-bagai masalah negara akan timbul seperti kes jenayah, pengangguran, kemiskinan, rusuhan kaum, dan lain-lain. Sesungguhnya keadaan sosial yang tidak stabil akan membantut usaha kerajaan untuk memajukan negara. Oleh itu, marilah kita beramal dan berpegang teguh dengan peribahasa “Bersatu teguh bercerai roboh” demi kebahagiaan kita semua.

Karangan Jenis Cereka


Soalan
Lengkapkan cerita dengan berdasarkan perenggan penutup yang berikut.
         Aku bangkit dan memasang lampu bilik. Di atas katilu terdapat sekeping wang syiling emas. Aku teringat akan mimpiku berjumpa dengan orang tua itu. Sukar hendak dipercayai mimpiku ini. Tetapi, kenyataan di hadapan mataku, iaitu wang syiling emas ada dalam genggemanku.




Jawapan

           Aku pulang dari sekolah selepas latihan bola sepak. Untuk sampai ke rumahku, aku terpaksa melalui kebun geth. Ketika melalui kebun getah itu, aku terjumpa dengan seorang tua. Dia berpakaian putih dan berjanggut panjang. 

          “Saya lapar. Bolehkah anak berikan saya makanan?”katanya. Aku teringat di dalam begku ada sebungkus biskut dan sebotol air. Aku menghulurkan biskut dan botol air kepadanya. Orang tua itu makan perlahan-lahan.

             “Anak berhati mulia,” katanya. Kemudian dia memegang tanganku dan mengajakku pergi ke rumahnya. “Di mana rumah pak cik ?” tanyaku. “Nun, di sana,” katanya. Tanganku menunjuk ke arah bukit. Aku bertanya dengan lebih lanjut tetapi mulutku bagaikan terkunci. Aku mengikut sahaja ajakan orang tua itu.

              Dari kebun getah itu kami masuk ke kawasan hutan. Dua jam kemudian, kami iba di puncak bukit itu. Dari situ orang tua itu membawa aku ke sebuah gua. Orang tua itu menyuruh aku duduk. Dia kemudian mengeluarkan sebuah peti kayu yang kecil. Dia membuka peti itu dan mengeluarkan sekeping syiling emas dan memberikan kepadaku.

              Belum sempat aku mengucapkan terima kasih kepada orang tua itu, orang tua itu sudah lesap di depan mataku. Perasaan takut mula meresap ke hatiku. Aku segera keluar dari gua itu. Keadaan di luar samar dan suram. Cepat-cepat aku melangkah. Nasibku malang kerana aku tersandung tunggul lalu terjatuh ke dalam lubang. Aku menjerit kuat-kuat.

             Aku tersedar daripada tidur. Aku mendapati diriku berada di lantai. Rupa-rupanya aku bermimpi dan terjatuh daripa katil. Aku meraba-raba dahiku yang mula membengkak kerana terhantuk pada lantai.

              Aku bangkit dan memasang lampu bilik. Di atas katilu terdapat sekeping wang syiling emas. Aku teringat akan mimpiku berjumpa dengan orang tua itu. Sukar hendak dipercayai mimpiku ini. Tetapi, kenyataan di hadapan mataku, iaitu wang syiling emas ada dalam genggemanku.






Karangan Jenis Fakta


Soalan
Sektor pelancongan kini dianggap sebagai sector yang dapat menyumbang kepada pendapatan negara. Huraikan pentingnya sektor pelancongan di Malaysia.



Jawapan

      Sektor pelancongan di Malaysia merupakan sektor yang semakin penting kepada ekonomi negara. Hal ini demikian kerana negara kita banyak mempunyai tempat yang menarik, di samping kebudayaan yang unik. Kerajaan, melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan, sentiasa berusaha unutk memajukan sector pelancongan di Malaysia.

          Sektor pelancongan dapat membantu Malaysia meningkatkan ekonominya. Pelancongan dianggap sebagai eksport tidak nyata bagi negara kita. Oleh hal yang demikian, sektor ini boleh menyumbang kepada tukaran wang asing. Malah memajukan sektor pelancongan bermakna kita mempelbagaikan ekonomi negara.

           Selain tempat yang menarik, negara kita agak unik dari segi masyarakatnya. Penduduk negara ini terdiri daripada berbilang kaum yang hidup berstu padu. Kepelbagaian kebudayaan kaum-kaum di Malaysia turut manerik pelancong berkunjung ke negara kita. Malah, sikap ramah tamah, sopan santun, dan suka membantu rakyat negara kita turut memikat pelancong.

            Selain itu, negara kita juga mempunyai kemudahan yang pelbagai unutk para pelancong seperti penginapan yang murah, di samping sistem pengangkutan yang baik. Semua kemudahan ini menjadi faktor yang membantu negara kita memajukan sektor pelancongan.

            Kesimpulannya, faktor pelancongan di Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan. Faktor ini akan meningkatkan pendapatan negara dan memperkenalkan negara kita kepada dunia.

Karangan Jenis Perbahasan


Soalan
Anda menyertai perbahasan yang bertajuk ‘Rancangan televisyen hari ini lebih banyak membawa kesan buruk kesan buruk kepada kanak-kanak’. Sebagai pencadang, tuliskan hujah-hujah anda.



Jawapan

       Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, barisan pembakang, dan hadirin yang mulia. Sebagai pencadang yang pertama, saya ingin menegaskan rancangan televisyen hari ini lebih banyak membawa kesan buruk kepada kanak-kanak berbanding dengan kesan baik.

Hadirin yang dihormati,

        Terlebih dahulu, saya ingin menjelaskan kesan buruk yang dimaksudkan dalam tajuk perbahasan. Kesan buruk di sini merujuk kepada kesan yang tidak baik yang dilihat dari segi pemikiran dan tingkah laku seseorang menurut pandangan nilai masyarakat, budaya, dan agama.

Hadirin yang dihormati,

         Rancangan televisyen hari ini banyak mendatang kan kesan buruk kepada rancangan yang disiarkan banyak bersifat hiburan. Rancangan seperti ini bukan sahaja melalaikan tetapi akhirnya akan melahirkan generasi yang leka dengan hiburan.

          Kira-kira 70% rancangan yang disiarkan melalui televisyen merupakan rancangan yang dimport. Malah, sebahagian besarnya dibawa Barat. Dengan ini, televisyen merupakan punca tersebarnya pengaruh Barat yang bersifat negatif kepada kanak-kanak. Tambahan pula, rancangan televisyen yang begitu digemari oleh kanak-kanak menyebabkan kesan buruk pengaruh Barat begitu kuat terhadap anak-anak kita.

Hadirin yang dihormati,

            Apabila kita memperkatakn pengaru Barat dalam televisyen, kita tidak boleh lari daripada mempekatakan soal keganasan dan seks. Kegawatan masalh sosial hari ini tidak boleh dipisahkan daripada pengaruh rancangan televisyen yang mengandungi unsure keganasan dan seks. Kita sedar bahawa perlakuan yang ditonton secara berulang-ulang itu akan mempengaruhi tingkah laku individu, terutamanya kanak-kanak.

Hadirin sekalian,

             Kanak-kanak ibarat kain putih. Kitalah yang akan mencorakkankain tersebut. Kalu kita mendedahkan kanak-kanak kapada perkara-perkara yang tidak baik, maka tidak baiklah tingkah lakunya. Oleh sebab itu, rancangan televisyen perlu ditapis dengan lebih teliti agar pengaruh buruk daripada rancangan yang disiasiharkan itu dapat dikawal. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.

              Sekian,terima kasih. 

Karangan Jenis Ucapan


Soalan
Andaikan anda ketua kampung. Dalam majlis yang dihadiri wakil rakyat kawasan anda. Anda dikehendaki menyampaikan ucapan pada hari perasmian balai raya di kampung anda. Tuliskan ucapan tersebut selengkapnya.


Jawapan

      Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berhormat Encik Selamat bin Baha, wakil rakyat Semarak, tetamu jemputan, penduduk Kampung Semarak, para belia dan beliawanis, dan semua yang hadir dalam majlis ini.

        Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat dating kepada Yang Berhormat ke Kampung Semarak. Saya juga merakamkan ucapan berterima kasih kepada beliau kerana sudi merasmikan balai raya kampong kita. Seterusnya saya merakamkan ucapan erima kasih kepada semua yang sudi melapangkan masa untuk menghadiri majlis kita ini.

Hadirin yang dihormati,

         Balai raya akan dirasmikan pembukaannya sebentar lagi merupakan suatu rahmat kepada kampong ini. Selama ini, kita menjadikan surau sebagai tempat bermesyuarat. Dengan adanya balai raya ini, dapatlah para belia dan beliawanis kita melancarkan kegiatan yang telah dirancang selama ini. Di sini mereka boleh bermesyuarat dan menjalankan aktiviti yang berfaedah demi kemajuan kampung  kita ini.

 Hadirin yang dihormati,

           Balai raya baru ini akan menjadi tempat memupuk kerjasama dan perpaduan di kalangan penduduk kampung. Dengan kata lain, balai raya ini akn menjadi medium untuk menggerakkan perpaduan dan kemajuan.

           Untuk mencapai tujuan yang murni, saya selaku ketua kampung mencadangkan agar persatuan belia dan beliawanis kampung ini menyusun kegiatan jangka panjang supaya balai raya digunakan secara aktif sepanjang tahun.

            Sekian,terima kasih.







Karangan Jenis Syarahan


Soalan
Dalam suatu pertandingan syarahan, anda akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Persekitaran sekolah yang baik meningkatkan prestasi pelajar’. Tuliskan syarahan tersebut selengkapnya.

Jawapan

         Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya homati, dan hadirin serta para pelajar.

          Berdirinya saya di atas pentas ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Persekitaran sekolah yang baik meningkatkan prestasi pelajar’. Sebelum saya memanjangkan kata-kata saya, saya akan menjelaskan maksud persekitaran sekolah yang baik. Maksud persekitaran sekolah yang baik ialah hubungan sesama pelajar dan antara pelajar dengan guru, dan persekitaran yang ceria serta bersih. Terangkum dalam persekitaran sekolah yang baik ialah keadaan di luar sekolah.

 Hadirin yang dihormati,

            Proses pemelajaran melibatkan penaaklukan minda serta menuntut badan yang sihat. Dengan hal yang demikian, sebarang bentuk gangguan kepada minda dan kecergasan badan hendaklah dijauhi. Dalam hal inilah hubungan sesame pelajar dan antara pelajar dengan guru perlu baik dam mesra. Suasana sebegini memungkinkan pelajar menerima dan mengaplikasikan ilmu dengan berkesan dan semaksimum mungkin.

             Hubungan antara pelajar dan guru yang berlangsung dalam suasana yang tegang dan marah-marah akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan demikian, hasrat hendak meningkatkanprestasi pelajar akan terbantut.

              Keadaan yang sebaliknya dikesan dalam persekitaran suasana yang baik. Telah terbukti bahawa sekolah yang ceria, bersih, teratur, dan cantik akan menyebabkan pemelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Keadaan lebih berkesan jika ditambah dengan adanya mural, kata-kata hikmat, dan kata-kata pujangga yang tertera pada dinding sekolah yang tersebut.

Hadirin yang dihormati,

               Proses pengajaran dan pemelajaran juga dipengaruhi oleh persekitaran di luar sekolah. Kilang-kilang yang mengeluarkan debu, bunyi bising, dan udara yang berbau busuk juga menjejaskan proses tersebut. Dengan ini, pihak sekolah akan gagal meningkatkan prestasi para pelajarnya. 

                Sebagai penutup, suka saya menegaskan di sini bahawa persekitaran yang saya sebutkan tadi akan menentukan, malah menjamin, prestasi pelajar. Dengan kata lain, pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah adalah lahir daripada persekitaran yang baik.

               Sekian, terima kasih.