Friday 27 January 2012

Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi


Soalan
Andaikan anda setiausaha Jawatankuasa Sosial kampung anda. Tuliskan surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengadu masalh sampah sarap yang tidak dipungut di kawasan anda.

Jawapan
No. 12, Jalan Dahlia,
Taman Dahlia,
68100 Ampang.

Pihak Berkuasa Majlis Bandaraya Ampang,
Jalan Pegawai,
68100 Ampang,

SELANGOR DARUL EHSAN.                                                                                  6 MAC 2012

Tuan,

Masalah Sampah Sarap di Taman Dahlia

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya, bagi pihak penduduk Taman Dahlia, Ampang, ingin mengadukan masalah sampah sarap di taman ini.

2.   Sejak dua minggu lalu, sampah sarap di kawasa taman ini tidak dipungut oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak tuan. Duah buah tong sampah besardi taman ini sudah sarat dengan sampah. Oleh sebab itu, penduduk taman ini terpaksa membuang sampah di sekeliling tong-tong sampah itu. Akibatnya, sampah sarap bertaburan di kawasan itu dan mencacatkan pemandangan penduduk. Setiap hari, terdapat anjing, kucing, tikus yang berkeliaran di kawasan sampah sarap itu untuk mencari makanan. Lalat pula tidak terkira banyaknya.

3.    Sampah sarap itu mengeluarkan bau yang busuk dan tengik. Bau busuk ini menggangu penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan sampah sarap itu. Sekiranya angin bertiup dengan kuat, bau busuk itu dapat dihidu sehingga 200 meter jauhnya. Kami bimbang keadaan itu menjejaskan kesihatan penduduk taman ini.

4.     Kami telah menghubungi kontraktor yang berkenaan sebanyak dua kali, tetapi sehingga sekarang tiada tindakan yang diambil olehnya. Kami sungguh kecewa dengan sikap yang tidak bertanggungjawab kontraktor tersebut. 

5.      Kami berharap agar tuan akan mengambil tindakan segera unttuk mengatasi masalah sampah sarap di taman kami.


Yang benar,

KHAIRUL AMIN

(MOHD KHAIRUL AMIN)
Wakil Penduduk Taman Dahlia

7 comments:

  1. Thanks kerana bagi contoh karangan yg amat tepat Dan padu

    ReplyDelete
  2. Karangan yang hebat terima kasih

    ReplyDelete
  3. Casino games and sports betting | Worrione
    The best online casino in England will suit all types of players, with some 바카라 being クイーンカジノ the 우리카지노 largest online casino in the world. The UK's best online gambling

    ReplyDelete